Friday, February 27, 2009

Ada Apa Dengan Kedai Mamak

Sekali pandang, nampak sedap betul kan makanan dekat kedai mamak ni?Mana tak sedap,kuah kari yang berusia empat hari yang telah dipanaskan berkali-kali maka teramat concentrated karinya.

Tetapi, mari kita lihat dibelakang dapur mereka.


Wow, lalat sedang menari-nari diatas tempat memotong.Tak mustahil terjumpe Cik Lat kat dalam nasi or lauk satu hari nanti ya.Hm perisa tambahan


Peti sejuk? Memang tak payah cakap lah. Amat terserlah akan kebersihannya.


Semalam pergi bersama-sama dengan Inspektor Kesihatan ( nama baru Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran) membuat rondaan kedai-kedai.Untuk makluman tuan puan, sekiranya skor restoran tak melepasi score "50", kedai mereka akan diarahkan untuk tutup selama 14 hari bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.Sekiranya gagal, pemilik restorang bileh didakwa dibawah Akta Makanan 1983.

Sekarang tengah attach dengan Pejabat Kesihatan Daerah.Esok nak melawat tempat pelupusan sampah, kampung orang asli dan dan belajar cara-cara menjalankan persampelan air SYABAS.Ya itulah dia posting kesihatan awam dan perubatan komuniti.Tersangat adventure.


ps: Tak teringin nak makan dekat kedai mamak lagi. Memang aku bagi score 'Fail' la kat kedai mamak tu

Tuesday, February 24, 2009

Kami Sedia Membantu

=Pic taken from The Star newspaper =

The Ministry of Health Malaysia, through its latest campaign has reaffirm its commitment in making positive changes towards our healthcare system.

Personally, I think our healthcare system are good.It is something that we can be proud off.A lot of statistics that can proved that.We are efficient.We are tech savvy.Yes, there are a few things that needs to be improved eg: communication skills towards patients.Some might disagree probably due to the long waiting hours that patients have to endure, but hey we are swallowing more than we could chew.

I support the move by the ministry.But please dont forget that we ( or rather me , in the future insyaAllah) are working our A** OFF 24/7 for the citizen of Malaysia.Do not forget our needs.After all, we are also human beings ( not robots ).

Note : Dear patients, please be a good story-teller about yourselves.80 percent of diagnosis come from YOUR story.No, dont believe most of the thing that you see in Dr House.Good doctors have good clinical acumen, they dont rely too much on CT scan or MRI hullo-balloo.

Monday, February 23, 2009

PR

= Gambar group semasa Jamuan End of Posting, kami bersama 2 lady surgeons=


In medicine, PR may bring two meanings


PR = Pulse Rate

PR = Per Rectal examination

Tapi saya nak bercerita tentang the second meaning of PR.Per rectal examination is part of the abdominal examination.It usually done during Surgery posting for surgical cases.Bagi orang biasa mungkin PR ni setakat memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang dubur (anus).Tetapi, percayalah, banyak information yang boleh didapati dari PR.Sebab tu lah doktor diwajibkan buat PR bila ada indikasi.Banyaklah PR yang telah dibuat oleh aku semasa Surgery posting dulu.Memang aku practice betul-betul.

Nak la bercerita tentang seorang patient aku ni.Dia dah tua, umur 75 tahun.Dia ada obstructive jaundice secondary to para aortic lymph nodes metastasis ( Faham? Kalau tak buat buat faham =) )Patient ni tersangatlah comel.Suara pun comel.

Tapi satu benda yang paling comel bila masa buat PR.Tak tahu kenapa, patient ni selalu terkentut. Bile kentut, dia akan cakap ,

" Eh, terkentut pulak.he he he"

"Takpelah nek, kentut lah puas puas".Itu je yang mampu aku reply.LOL

I dont know how is she right now.I hope that she is in good health.Pesanan terakhir, tolonglah bagi consent or permission sekiranya seseorang doktor tu nak periksa.Kami bukan suka-suka nak periksa.Ada reasonnya.

Komen1: Entry ni ditulis semasa public health proposal presentation.Aku mengantuk ni.Balik rumah pukul 5 am semalam.Tidur 3 jam je.krrrohh krrohhh zzZZzz.Tolong tolong, kelopak mata dah layu dah ni.

Komen2 : Public Health specialist ni merupakan seorang yang analytical dan tersangat statistical.Otak asyik nak buat statistic.Tolong, aku mungkin jadi gila kalau lama-lama dekat sini.

Komen3: Nasib baik aku pegi Gym skrg.Kalau tak mesti dah jatuh sakit

Sunday, February 22, 2009

Kelinit Kesihatan

Ya.Kelinit dan bukan Klinik ye tuan-tuan dan puan-puan.Comel betul la patient saya ni.Pergi rumah dia terus terasa macam ahli keluarga.Ramah yang teramat.Jamu kuih ini dan itu.Air dipaksanya minum sampai 3 gelas, kalau tidak tak boleh balik.

"Pakcik, bila appointment pakcik dekat KK Salak?"

'Owh, minggu depan dekat Kelinit tu"

Deym, tak tahu kenapa tapi memang terasa nak gelak guling-guling dekat situ jugak.

PS: Banyak g*le kerja okay.Esok presentation for Questionnaires and Proposal for our Health Intervention Programme.

Tuesday, February 17, 2009

Public Health and Community Medicine posting

Baru sahaja hari kedua, tapi dah banyak kerja.

-Journal reports
by this Friday (Power point and Narrative form), encompassing the big 4 areas ( Nutrition, Exercise, Smoking and Mental Health) + Women's Health + Injury and 1 special topic.We chose TCM (Traditional and Complementary Medicine).These journals are important for us to develop Objectives and questionnaires for our Community Survery's Health Interventional program at the end of the posting

-Field visit and reports
will be having a few field visits reports such as Klinik Kesihatan, Klinik Desa, District hospital.The not so nice part will be reports for each visits

-Patients Health Community Studies
I have been given a patient from Klinik Kesihatan Salak yesterday.I have to update him from time to time, in Public Health point of view.Kena call patient petang ni untuk buat temujanji

-Learning SPSS (Statistical Package for Social Sciences)

Public Health plays a vital role in ensuring health of the community.It plays an important role in prevention of diseases.Public Health looks upon the community as a whole in order to come out with what we called as comunity diagnosis.

This posting, I think will enhanced my view regarding Medicine.Medicine is a very very wide discipline.It not only revolves aorund things in the hospital.

Nota: Ok.Saya pun masih dalam kegelapan.


Saturday, February 14, 2009

Jogathon

Saya yakin,anda semua pasti pernah memasuki acara jogathon.Regardless, suka atau benci saya pasti anda semua perlu berlari pada hari tersebut.Saya sangat tak suka jogathon ni.Saya pasti mencari alasan untuk tidak mahu datang ke sekolah pada hari tersebut.Pun begitu, ibu saya seorang yang strict.Ibu seorang yang tidak akan melayan karenah anak-anaknya, lebih-lebih lagi dalam hal memonteng sekolah ni.

Saya nak bercerita tentang dua perkara; sebelum jogathon dan juga semasa jogathon.Apabila kita menyebut jogathon,the the first thing that comes to my mind is mengutip derma.Alah, masih ingatkah kamu semua kepada kad-kad jogathon yang diperbuat dengan kad-kad manila itu.Pada setiap tahun, 2,3 bulan sebelum menjelangnya jogathon kami semua akan dikerah untuk mengutip derma bagi jogathon tu.Frankly speaking, I hate this part right here.I really hate the idea of begging for money in the shopping malls or along the street.Apatah lagi kalau kalau terjumpa dengan sanak saudara along the way.Mana la nak letak muka beb!Anyway, ramailah rakan-rakan kelas yang berlumba-lumba kutip duit.Selalunya mereka semua akan meminta dari makcik or pakcik dikampung.Paling best kalau dapat bawa kad jogathon tu balik kampung semasa hari raya.Tak kurang juga yang akan top up kan kutipan derma tu menggunakan duit raya sendiri.Al kisahnya,adalah seorang rakan sekelas masa darjah enam ni.Dia anak orang kenamaan.Ayahnya merupakan Bendahari Kerajaan Negeri Selangor.So bayangkan networking yang dia ada.Aku masih ingat lagi,hasil kutipan jogathon beliau membolehkan kelas kami membuat school trip ke Melaka.Masa tu Melaka tak diiktiraf UNESCO lagi.Dengar khabar angin, beliau telah menggunakan sampai 4 hingga 5 keping kad manila jogathon tu.Habis penuh setiap ruang.Nak tahu aku gune berapa kad masa tu? Tak payah sembang la berapa kad.Aku hanya menggunakan satu kad yang mana hanya penuh 1/4 sahaja.Semua derma bersen sen je.Paling tinggi pun hanya RM1 je.Hasil kutipan aku? Adalah dalam rm15 je.Hebat tak?

Sekarang nak bercerita pasal hari jogathon pula.Selalunya aku akan mempunyai beberapa geng semasa 'berlari' jogathon.Excuse me, kami berlari juga ya, tetapi larian kami boleh dikategorikan sebagai 'lari lari anak' sahaja.Sori, saya bukan atlet olahraga sekolah.Badan pun chubby masa tu.Semput kalau lari kuat kuat.Setiap kali jogathon, aku akan pastikan supaya ada RM2 dalam poket seluar PJK aku.Manalah tau, kalau kalau tak larat nak 'berlari' nanti boleh la aku tahan teksi kat tepi jalan.Kalau tak tahan teksi, duit tu akan digunakan dengan cara yang lain.Aku dan geng geng akan singgah ke kedai Ah Hong kat tepi jalan.Kami akan tukar duit kertas tadi kepada duit syiling.Nak tahu kami buat apa lepas tu? Kami gunakan duit tu untuk menikam.Alah, permainan yang kita masukkan duit syiling ke dalam mesin yang berhabuk tu.Kalau lucky, dapatlah kad dragon ball satu atau dua.Kalau unlucky, dapatlah kacang kuda.Sedap juga kacang kuda tu sebenarnya.Last sekali, kami pasti membeli ais krim.Bukan ais krim Paddle pop rainbow ya.Kami tak mampu nak beli aiskrim yang mahal-mahal.Duti belanja sikit.Kami beli aiskrim dalam plastik berperisa asam boi je.Nikmat sungguh dapat makan ais krim tu ditengah tengah panas.Kasihan tengok rakan rakan yang semangat berlari tu.Bukan dapat hadiah hebat kalau menang pun.Dapatlah hamper Mamee dan Maggi.

Pun begitu,aku dan geng geng aku selalu dapat tempat pertama dalam larian jogathon.Tempat pertama dari belakang.

Friday, February 13, 2009

Perluaskan

Perluaskan.Ya aku rasa aku perlu meluaskan jaringan ataupun rangkaian kawan-kawanku.Takde lah dikalangan budak budak medic sahaja.Tapi, jangan salah sangka.Aku masih mempunyai kawan kawan yang membuat course selain dari medic, terutamanya kawan-kawan yang aku semasa aku di sekolah rendah yang aku masih keep in touch.

To tell you the truth, aku sangat terkilan kerana aku kurang keep in touch dengan rakan-rakan di sekolah menengah rendah( SMK St John, KL ) dan juga rakan-rakan di sekolah menengah atas ( MRSM Pengkalan Chepa,KB ).Memori suka-duka kita bersama masih terpahat di memori ini.Adakah salah mereka ataupun aku?Bila difikir-fikirkan balik, rasanya salah aku.Iya lah.Aku ni busy.Tapi nak kata busy sampai tak boleh bersosial rasanya tak betullah statement tu.Ada je masa tengok wayang ataupun berkaraoke dekat Redbox dengan rakan-rakan lama.

Sorry kawan-kawan, bukan nak kata anda membosankan aku.Tetapi, to tell you the truth aku rasa minda kita tak berkembang kalau asyik membincangkan case-case medical ni.Kadang-kadang nak termuntah asyik mengulang benda-benda yang sama sahaja.Aku rasa susah orang lain nak faham kalau kita asyik bercakap menggunakan bahasa medik yang bombastic, yang sampai aku sendiri pun tak tahu nak menyebutnya dengan betul.

So,persoalannya sekarang, bagaimana hendak perluaskan networking? To start with, aku sekarang baru mendaftar diri.Alah, masuk gym Fitness First.Ada banyak reason aku masuk gym ni.Pertama untuk menjaga kesihatan.Tak best la kalau kita asyik suruh patient jaga kesihatan tapi kita sendiri neglect kesihatan diri kita sendiri.Kedua, gym ni menjadi salah satu tempat untuk release tension.Ketiga, untuk menambahkan kenalan.Masuk minggu ni dah minggu kedua dah.Tapi baru hari ni rasanya aku nampak 2,3 orang yang aku rasa berpotensi untuk menjadi kenalan baru.Maybe next session kalau aku jumpa aku nak tegur.Selambalah.Maybe nak tegur ala-ala James Bond.My name is Azmi, Nabil Azmi

Nota1 : Sorrylah entry mengarut

Monday, February 9, 2009

Childhood Cancer Support Programme Fund Raising Dinner

Juz got back from the dinner.I think it was superb!Good food, good performances (Adibah Nor ade) and of coz...good girls! Congrats to my dear juniors in Young Mercy Malaysia Group 3.I'm so proud of you man...will update with the pics and prolly videos as well later...

'till then..zzzZZZzzz

Friday, February 6, 2009

O&G final

Wah lama sungguh tak update blog ni.Almaklumlah baru habis O&G posting Final Exam.The exam was tough I guess, especially the Long case clinical exam part.I got a GDM(Gestational Diabetes Patient).My patient was:

-at 37 weeks of gestation
-Gravida 7 Para 3+3 ( into her 7th pregnancy, with two history of miscarriages and 1 ectopic pregnancy)
- a Previous scar ( meaning a history of lower segment caesarean section due to GDM with macrosomic baby in previous pregnancy)
-3 previous MOGTT done ( ujian minum air gula, sampai kena minum 3 kali pulak tu due to various indications)
-Blood Sugar Profile (BSP) ranges 6.5-7.Poor diet control.Not on insulin therapy
-1 history of Dilatation and Curettage for miscarriage and one laparoscopic gynae surgery for the removal of ectopic pregnancy.
- 2 Pap smear done
-history of Menorrhagia

Diagnosis: GDM with previous scar.Poor diet control

In short, gile eventful k history patient aku ni AND I've got around 20 minutes to do the clerking.The most frustrating part was when my examiner Dr S said to me: 'Okay u have only 1 minute left"Adey tensyen tensyen.
Physical examination was alright I guess.The symphysio-fundalheight measured 39 cm.The abdomen is grossly overdistended.My impression was: Uterus larger than date with polyhydramnios.Bleh pulak tu aku lupe nk buat fluid thrill for confirmation.dang!
The discussion part was okay except when the examiner asked me,'So Nabil, what do you want to do with this patient".Daym, you know why I didnt say that we should deliver the baby as soon as possible is becoz she is at 37 weeks.Thats like borderline.My answer should sounded like this ' I would like to deliver the fetus by Caesarean section and not via Vaginal delivery considering that she had many previous gynae surgery.The fetus should be delivered as soon as possible (altho the fetal movement is more than 10 times per day) becoz poorly controlled GDM is associated with Sudden Intrauterine Death(SIUD)". Kan best aku cakap cam tu je....frust frust...

Written exam was fair.MCQ single best answer was rather tough, EMQ alright and SAQ was super fine.We had 3 SAQs-Preeclampsia, GDM and Ectopic pregnancy.

All of us went to Bentong utk mandi manda waterfall the next day.Many thanks to Ridzwan and family for their great hospitality!Will upload some pics in the next entry

Note 1: I'm just glad the examiner didnt asked me to give a counselling session to the patient.A few of my friend were asked to do some counselling to their respective patients during the long case clinical exam.Fiuhhh....