Saturday, February 14, 2009

Jogathon

Saya yakin,anda semua pasti pernah memasuki acara jogathon.Regardless, suka atau benci saya pasti anda semua perlu berlari pada hari tersebut.Saya sangat tak suka jogathon ni.Saya pasti mencari alasan untuk tidak mahu datang ke sekolah pada hari tersebut.Pun begitu, ibu saya seorang yang strict.Ibu seorang yang tidak akan melayan karenah anak-anaknya, lebih-lebih lagi dalam hal memonteng sekolah ni.

Saya nak bercerita tentang dua perkara; sebelum jogathon dan juga semasa jogathon.Apabila kita menyebut jogathon,the the first thing that comes to my mind is mengutip derma.Alah, masih ingatkah kamu semua kepada kad-kad jogathon yang diperbuat dengan kad-kad manila itu.Pada setiap tahun, 2,3 bulan sebelum menjelangnya jogathon kami semua akan dikerah untuk mengutip derma bagi jogathon tu.Frankly speaking, I hate this part right here.I really hate the idea of begging for money in the shopping malls or along the street.Apatah lagi kalau kalau terjumpa dengan sanak saudara along the way.Mana la nak letak muka beb!Anyway, ramailah rakan-rakan kelas yang berlumba-lumba kutip duit.Selalunya mereka semua akan meminta dari makcik or pakcik dikampung.Paling best kalau dapat bawa kad jogathon tu balik kampung semasa hari raya.Tak kurang juga yang akan top up kan kutipan derma tu menggunakan duit raya sendiri.Al kisahnya,adalah seorang rakan sekelas masa darjah enam ni.Dia anak orang kenamaan.Ayahnya merupakan Bendahari Kerajaan Negeri Selangor.So bayangkan networking yang dia ada.Aku masih ingat lagi,hasil kutipan jogathon beliau membolehkan kelas kami membuat school trip ke Melaka.Masa tu Melaka tak diiktiraf UNESCO lagi.Dengar khabar angin, beliau telah menggunakan sampai 4 hingga 5 keping kad manila jogathon tu.Habis penuh setiap ruang.Nak tahu aku gune berapa kad masa tu? Tak payah sembang la berapa kad.Aku hanya menggunakan satu kad yang mana hanya penuh 1/4 sahaja.Semua derma bersen sen je.Paling tinggi pun hanya RM1 je.Hasil kutipan aku? Adalah dalam rm15 je.Hebat tak?

Sekarang nak bercerita pasal hari jogathon pula.Selalunya aku akan mempunyai beberapa geng semasa 'berlari' jogathon.Excuse me, kami berlari juga ya, tetapi larian kami boleh dikategorikan sebagai 'lari lari anak' sahaja.Sori, saya bukan atlet olahraga sekolah.Badan pun chubby masa tu.Semput kalau lari kuat kuat.Setiap kali jogathon, aku akan pastikan supaya ada RM2 dalam poket seluar PJK aku.Manalah tau, kalau kalau tak larat nak 'berlari' nanti boleh la aku tahan teksi kat tepi jalan.Kalau tak tahan teksi, duit tu akan digunakan dengan cara yang lain.Aku dan geng geng akan singgah ke kedai Ah Hong kat tepi jalan.Kami akan tukar duit kertas tadi kepada duit syiling.Nak tahu kami buat apa lepas tu? Kami gunakan duit tu untuk menikam.Alah, permainan yang kita masukkan duit syiling ke dalam mesin yang berhabuk tu.Kalau lucky, dapatlah kad dragon ball satu atau dua.Kalau unlucky, dapatlah kacang kuda.Sedap juga kacang kuda tu sebenarnya.Last sekali, kami pasti membeli ais krim.Bukan ais krim Paddle pop rainbow ya.Kami tak mampu nak beli aiskrim yang mahal-mahal.Duti belanja sikit.Kami beli aiskrim dalam plastik berperisa asam boi je.Nikmat sungguh dapat makan ais krim tu ditengah tengah panas.Kasihan tengok rakan rakan yang semangat berlari tu.Bukan dapat hadiah hebat kalau menang pun.Dapatlah hamper Mamee dan Maggi.

Pun begitu,aku dan geng geng aku selalu dapat tempat pertama dalam larian jogathon.Tempat pertama dari belakang.

No comments: