Thursday, March 12, 2009

Jem

Jem atau JM atau nama penuhnya Jururawat Masyarakat merupakan anggota kesihatan primer yang sangat penting di peringkat kesihatan awam.Mcm mana nak bezakan mereka dengan Staff Nurse? Mereka ni pakai riben warna ungu dekat tudung.Kalau Staff Nurse pakai riben warna biru.

Tadi pergi ke Klinik Desa Ulu Chuchoh dekat Sepang.Belajarla skop tugasan JM ni.Tak sangkanya tugas mereka ni berat.Perlu mengenal ahli masyarakat setempat dengan rapat.Pergi buat home visit,program bakul JM,tanam benih sayur-sayur dekat halaman rumah etc.Sangat respek dengan profession nursing ni.

Petang lepas tu pergi ke Taman Desa Vista.Nak continue buat community survey.Alangkah sakitnya hati.Tak perlu cerita kat sini.Maghrib dekat surau sana.Nak bina good rappot dengan Kelab Rukun Tetangga sebab tak lama lagi nak anjurkan program intervensi kesihatan berdasarkan result bancian.Ada juga diadakan mesyuarat dengan AJK KRT.Sekarang tengah menulis segala jenis surat-surat yang nk diberi kepada Majlis Perbandaran, Ketua Pegawai Kesihatan Daerah etc.

Esok pegi ke sekolah berdekatan.Nak tengok 'School Unit' dari Klinik Kesihatan menjalankan program dekat sana.Of coz, report tak dilupakan.Semua visit mesti dibuat reportnyaaa......Tak larat sgt

No comments: