Friday, February 27, 2009

Ada Apa Dengan Kedai Mamak

Sekali pandang, nampak sedap betul kan makanan dekat kedai mamak ni?Mana tak sedap,kuah kari yang berusia empat hari yang telah dipanaskan berkali-kali maka teramat concentrated karinya.

Tetapi, mari kita lihat dibelakang dapur mereka.


Wow, lalat sedang menari-nari diatas tempat memotong.Tak mustahil terjumpe Cik Lat kat dalam nasi or lauk satu hari nanti ya.Hm perisa tambahan


Peti sejuk? Memang tak payah cakap lah. Amat terserlah akan kebersihannya.


Semalam pergi bersama-sama dengan Inspektor Kesihatan ( nama baru Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran) membuat rondaan kedai-kedai.Untuk makluman tuan puan, sekiranya skor restoran tak melepasi score "50", kedai mereka akan diarahkan untuk tutup selama 14 hari bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.Sekiranya gagal, pemilik restorang bileh didakwa dibawah Akta Makanan 1983.

Sekarang tengah attach dengan Pejabat Kesihatan Daerah.Esok nak melawat tempat pelupusan sampah, kampung orang asli dan dan belajar cara-cara menjalankan persampelan air SYABAS.Ya itulah dia posting kesihatan awam dan perubatan komuniti.Tersangat adventure.


ps: Tak teringin nak makan dekat kedai mamak lagi. Memang aku bagi score 'Fail' la kat kedai mamak tu

1 comment:

Wahidah said...

isk..terus reejct mamak..even be4 this pun tk suke sgt mamak..tp bile dh dgr mcm ni.,.reject terus...