Friday, January 9, 2009

Karenah di Dewan Bersalin



9 Januari 2009 11.00 am Dewan Bersalin Hospital

Puan R Gravida3 Para 2 at 38 weeks period of gestation,came in with cramping lower abdominal pain since 7 am today.The pain is progressive in its intensity and frequency.The pain is also associated with leaking liqour.On VE, the os is already 7 cm and the fetal presenting part is already 3/5 engaged.Sudah in labour daa....

Semasa 'in labour'

'Missy, tolong.Saya tak mahu beranak lagi.Nak balik dulu.Missy menjawab, 'Macam mane tak mahu beranak ni.Bahagian bawah rahim ni dah bukak 7 cm dah ni.Air ketuban pun dh pecah.Slalunye kena tunggu sampai 10 cm.Puan, cuba bawak bawak bertenang.Bile dah rasa sakit sgt, puan berak tau'.

Lepas dah beranak

"Saya haus.Saya nak air milo boleh tak".

5 minit lepas tu Air milo pun sampai...

'Air milo ni tak sedap la.Tawar sangat'. Houseman jawap' Puan, lenkali saya kasi teh tarik k.Manis terus'

Semasa tengah menjahit luka episiotomy

'Adeh, sakitnya.Ni bukan sakit sikit-sikit ni'. HO bertanya ,' Puan nak beranak lagi pasni?'. Puan tu terus menggeleng-geleng.
HO menambah,'Puan,majoriti org yg kami tanya lepas beranak semua ckp gitu, tapi selalunya setahun lepas tu diorang datang balik kat kami".Puan tu tersenyum malu malu. 'Apa ni lambat sangat jahit ni, saya rasa saya nak terberak pulak la'.
HO menjawap,' Puan sebelum datang sini tak berak dulu ker?' Puan R jawap, ' Tak, saya takut nk berak td sebab dh sakitkan.Takut baby pulak yang terkeluar masuk dalam toilet bowl nanti"

HO jawap,'Hmm gitu.Hmm maybe sebab saya tekan kat bahagian tu masatengah jahit ni.Sebab tu puan rasa macam nak terberak.Puan R menambah," Owhhhh ek??? Kalau kentut boleh?" HO menjawap," Kentut banyak banyak pun takpe.Biar saya kat bawah ni dan adik-adik saya semua ni bau" (Adik-adik' tu was referring to us)

5minit lepas tu,

'Doktor, saya nak kencing la.Apesal lambat sangat jahit ni.Ni bukan geli geli tau, ni sakit betul betul'. HO menjawab ' Puan, puan hisap je la gas tu, nanti kurangla sakit tu.Puan jgn gerak gerak , nanti lagi lambat.Hah medical student, pegi masukkan Foley's catheter, buat CBD(Continuous Bladder Drainage) puan ni nak terkencing pulak.

Semasa tengah sibuk nak try masukkan catheter ke dalam pundi kencing puan ni.

'Eh, takpela dik, dah tak terasa nak kencing pulak"

Panjang lagi cerita ni sebenarnya.Bayangkan dewan bersalin tu tak putus putus orang nk bersalin setiap minit dan jam.Setiap org ade karenah masing masing.Ada yg extremely baik and peramah, ada yang banyak songeh and demanding.Ya Allah, kurniakan la aku satu tahap kesabaran yang agung bila aku kerja jadi HO nanti.Kalau tak jadik ikan keringla hambaMu ini nanti =P


Note 1: Actually saya sangat kagum dengan ibu ibu yang melahirkan anak.Tentu pahala mereka semua ni sangat banyak di sisi Allah SWT.

Note 2 : Apparently the staff here do not use the word 'push' or 'teran' when asking the patient to push the baby.Tapi mereka semua ni guna perkataan 'BERAK!' Bile ditanya, gaya push masa nak beranak ni sama mcm nak berak.Hmm...no comment

4 comments:

kin-takahiro said...

kakakakaak..aku gelak cam orang giler baca entry nie..kakakaka...aku tak pernag drop komen selama nie..tapi entry nie tak boleh blah ar...kakakaka..hahaha...nak je aku sumbat mulut pempuan tu dengan belacan...kelakar tahap ultraman..siap demand nak air milo..nasib baik la dia tak mintak beer..kakakaka..

N a b i L said...

Haha...No la bro, maybe sbb dia terlampau sakit and cuak.Kesian sbnrnye bile tgk ibu ibu yg nk beranak ni sbnrnye.They are the best people on earth =)

Anonymous said...

hahaha...kewl giler makcik ni...klo aku dkat situ...mesti dah tergolek2 kowt...owh...dkat mesia masukkan catheter lepas jahit erk...klo dkt cni, lepas branak (ulu giler ayat, lantaklah).hurm, blum ni tak penah terpikir pun ape indication die...(ntah2 takde beza pon...huhuuu...)

N a b i L said...

Indication nye bebile patient nk kencing and the patient is immobile.tu je. tapi dlm case makcik tu, CBD dh buat before dia beranak.Tapi tetibe dia nk kencing lagi skali.So terpaksa buat lg skali.Plus, b4 org beranak kite slalu kasi patient enema..so that bleh clear bowel patient b4 masuk dewan bersalin.Tp this patient tetibe nk berak lagi skali.layan je la...